Terima kasih◕‿◕

Saturday 30 April 2011

Kasihanilah anak-anak kecil itu T_T

entri ini secara rawak..
secara pemerhatian..
secara dengar oleh pendengaran..
secara secangkir belas ihsan...

Ya

Saya memang mensenangi kanak-kanak.
Menyayangi anak-anak kecil.
Mensimpati kpd golongan hingusan itu.

Apatah lagik

Bila memandangkan muke chumil tapi comot itu dalam serba - salah meminta sesuatu..
Bile mata terliur mulut redup mahu kan mainan mahal tapi tangan hanya memegang tempurung dan bekas plastik santapan bermain pondok-pondok..

Ya saya tidak sanggup. Hati saya bernada sayu..jiwa menahan tangis - tangisan.

Bila melihat mereka berpakaian compang camping berlari laju - lajuan ke sekolah-tempat mengubah nasib menjelang dewasa..
Bila melihat mereka bangga dengan ais krim Malaysia 20sen sedangkan teman sebaya 'angkuh' dengan aiskrim dalam iklan tv santapan menjelang hari panas..
Bila melihat mereka basah kuyup dek tempias lopak oleh kereta mahal menjalar di jalan raya..

Sy tumpang sebak.

Hiba melihat mereka di lahirkan dalam serba kedaifan,
Termenung seketika bagaimana nasib mereka bila negara mengejar unsur pembangunan?

Alahai si chumil comot...

Berperang dengan basahan hujan menapak ke gedung ilmu..
Berdemaman ketika yang lain enak di ulit air cond dalam kereta mewah..

Sabarlah.
Keadilan adalah janji DIA.
Dugaan adalah tiket sebuah tekad

Mereka - mereka
Jangan pernah memandang sinis
Jangan pernah mmbenci si kecil jika kesalahan itu oleh orang-orang tua mereka
Jangan angkuh dengan kesenagan,
Jangan terbuai dek keselesaan..
Jangan lupa putaran tinggi rendah

Si dewasa pemegang amanah untuk jiwa-jiwa chumil comot..
Berusahalah membahagiakan. TOLONGLAH!

WAJIB BACA:16 hari menjelang peristiwa penting !

Biar kisah ini mengembalikan mood penghargaan saya dan anda kpd mereka-mereka.

Berita Harian Online | Cerpen: Suara Dari Desa Terpencil

p/s: TERIMA KASIH Cikgu dan Pensyarah

Friday 29 April 2011

santapan hati sebelum mengemas dan memasak..HANYA HATI YG BERKATA-KATA

9.20 am /30April2011

Sejajar dgn tajuk..
Sesuai dgn mood..
Artikal ini sy juz share dgn copy melalui Paradigma mukmin

Untuk bekalan kita..
Kerana kadang-kadang diri lupa dan alpa..
Kena saling ingat mengingati...INSYAALLAH...

Mencintai dia dalam diam

 Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
.
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
.
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)


p/s: untuk lebih banyak info sila ke blog ParadigmaMukmin dan like AkuIslam.com. ;)

Sy pOn ade cite-cite titik cite-cite ini cite-cite kedua sy ;)

sy sungguh teruja.
tumpang seronok.
tumpang terjah-terjah
tumpang mebanding-bandingkan nilai.
tumpang bertanye-tanyean.
tumpang berangan-angan sendiri..

memasang impian..
menyimpan tekad..
mengumpul semangat..
mencari maklumat..
berdamping-dampingan dgn 'guru-guru' senyap-senyap..

tapi...selain semangat dan impian yang memang sudah tersimpan lama ini..

perlu ade sesuatu yang cukup KUAT  untuk memulakan semuanya...

MODAL

angan2 saye mahu 'main - main jual-jual' hijab, shawl, abaya etc di alam maya ini.

insyaAllah satu hari nanti

hari ini memang belum ade modal...sape pembekal barangan semua - semua tu yang mahu pecaye dgn seorang penganggur sementara yang tidak punye ape2 ini? HAHAHA mari bergelak.

insyaAllah klu saye sudah bebas dari pertapaan ini.
sy akan berusaha ke arah itu. 

mule - mule memang perlu bertapak - tapak..
mule - mule memang perlu akur dgn risiko...
mule- mule memang perlu ade strategi...

PERNIAGAAN -itu adalah tentang risiko, persaingan, untung, rugi tapi perlu ade satu.. JUJUR. 

INSYAALLAH....

Tapi kene janji, perlu kotakan, yang nombor 1 itu tetap keutamaan! Kalau tidak kasik mangga itu sama busnes alam maya kau!!

p/s: 9 dari 10 rezeki adalah dgn berniaga. Doakan.

duduk bersimpuh si puteri, menanti jari manis dihias dgn janji cinta ;)



7, angka yang sgt indah sekali~

7 warna pelangi
7 petala langit
7 petala bumi
7 ayat dalam Surah Fatihah...

(Ahmad Fedtri Yahya)

Mengikat janji kepada seorang gadis penyejuk hati..semoga perjalanan ke tanah suci membawa hajat mengota janji 1 Syawal nanti akan di permudahkan DIA.

SELAMAT BERTUNANG UNTUK ASHRAF MUSLIM DAN NOOR DAYANA.

p/s: puas suda menklik dgn wajah penuh sukar, puas sudah cube cari yg lain, puas suda delete dan post, tp jawapan still same jgk...VIDEO ini tetap xmo CENTRE..(sigh)

Wednesday 27 April 2011

Alhamdulillah..tp hati mule berlagu debar - debaran !

Pagi 28 April...
mulut terkumat kamit mengucapkan ayat keramat SYUKUR..
tanda penantian hampir 3 bulan akan menemui tali penamat 4 MEI nanti.

penantian yang bagi aku bukan skejap - kejap.
penatian yang membuktikan penat lelah..
penantian yang pasti akan mengukurkan cerita gembira atau sebaliknya
aduh...penantian.

6 hari ini yang akan menimbulkan muke pucat ak yang tanpa seri..
6 hari ini yang tidak akan tertahankan jantung dari terus berdegup - degap
6 hari ini yang mungkin akan mengganggu tidurku yang pasti tidak akan mampu nyenyak lagik...
yup..6 hari sebelum terikh 4MEI..

ALLAH....permudahkan pejalanan aku dan kawan2..insyaAllah.

berita yang membawa kecerian kami. dan harap ia lebih ceria pada 5 MEI 2011 nanti...


Keputusan Temuduga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA Bilangan 1/2011


Keputusan Temuduga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA Bilangan 1/2011 yang diadakan pada 7 hingga 11 Februari 2011 boleh disemak di dalam Laman Web KPM mulai pada 4 Mei 2011.

Harap maklum

Tuesday 26 April 2011

hati ak telah di curik scr tidak sengaja oleh si pemberi senyuman untuk mensenyumkan seisi masyarakat~!

OPPPSSS. tajuk kat atas tu pun aku simpulkan setelah membaca bebrapa entri dlm blog pemilik amanah tahi lalat pemanis kurniaan terhebat dr maha Pencipta itu. xtau nak mule kat mn. sbb sejak peristiwa kisah JUVANA semalam ak telah dgn berdezuuupppp nye minat giler dgn siempunya nama ZAHIRIL ADZIM ini. Entri nie hanyalah berkisar berkenaan dgn kekagumam ak dgn lakonan beliau dan sisi peribadi seorang lelaki yg dapat ak tafsirkan pd pandangan mata kasar sbb ak da terjah belog dia. nah ak promote ckit ek sila klik di sini. Haaa... korang patut tinjau2 jgk tau sbb best bace belog dia nie. tulisan dia ringkas tp ade karisma tersendiri. paling suke sekali entri dia 'di curi untuk mencuri buat pelengkap rusuk kiri' waa...sweet sgt sbb maybe...maybe lah entri ini ditujukan kepada bakal cik tunangnye yang akan diikat janji pada 1Mei nanti.

Berputiknye kekaguman ak dgn lakonan dia yang mule aku perasan selepas melihat episod pertama JUVANA. Aduh. cam rugi jer ek sebab ak lambat perasan itu sama dia punya bakat lah. Dan beliau jugak xhipokrit krn dgn gntle nye berterus terang berkenaan dgn sisi peribadi nye. Susah lah nak tgok artis yang bole bercakap jujur sprt....'ya si dia bakal menjadik suri hidup saya !!'..Yup pd ak  susah sgt.

Kerana JUVANA ak kenal ZAHIRIL ADZIM. Kerana JUVANA aku like fb dia. Kerana JUVANA ak like fb Shera Ayob. Kerana Juvana ak skrg sedang mencarik fb Izren Asmida aka Cikgu Zakiah. Kerana JUVANA aku mahu memetrai satu janji disini bahawa aku akan bercerita 1 entri berkenaan dgn cerita ini. Alahai...JUVANA.

ok. sebelum berpisah dan ak bagi korg layan hero di hati aku nie...ehhhh silap2 hero di hati shera ayob nie ak nak share ckit ayat ZAHIRIL yg aku petik dr entri dia kat blog dia...

Masa aku dicuri lagi demi mencuri hati, seorang puteri.
Buat pengubat hati juga pelengkap rusuk kiri.

Sweetkan ayat dia.HAHAHA. nak bc full entri sila ke belog beliau ok. ;p





p/s: Juvana mengajak kita menghargai diri sendiri dan menterjemahkan kehidupan sebenar di sebalik nama JUVANA tersebut. Kepada sume adik2...yang baik jadikan tauladan yang kurang baik yang telah diterjemahkan jadikan pengajaran supaya hidup kite berada di landasan yang betul yang mampu memberi senyuman kepada ibu ayah, guru-guru dan seisi masyarakat.

sumber pic : carian google

Update: Alahai semakin aku lame membace belog dia nie semakin terbit rs suke dgn cara dia mentulis.

Thursday 14 April 2011

Cantik itu Subjektif - artikel ini sy amek dan share dr iluvislam.com



Chumilkan. Heliza Helmi nie. Memang fitrah sume org suke melihat sesuatu yg cantik tp tidak semestinya cantik itu sbg syarat utama mencari pasangan. ;-)

Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik. Tetapi, saya selalu dengar orang puji mama saya cantik. Baru saya tahu mama saya cantik. Cantik itu adalah mama saya.

Maka saya tengok mama saya. Muka mama putih melepak, mata beliau tajam menggoda. Baba kata macam mata kucing. Ramai orang ingat mama pakai kanta lekap tetapi sebenarnya mata mama memang Allah cipta sebegitu.

Mama juga seorang yang peramah dan lemah lembut. Beliau merupakan seorang guru. Apabila saya pergi ke sekolah mama, saya selalu dengar pelajar-pelajar mama puji mama cantik.

Apabila saya mula meningkat remaja, orang selalu kata kakak saya cantik macam mama saya.

Baru saya perasan, kakak saya cantik. Tetapi kakak saya berbeza daripada mama saya. Bulu mata dia lebat, melentik, dan mata dia besar. Kulit dia pula putih bersih, tidak berjerawat serta memiliki badan yang kecil.

Dia seorang yang lemah lembut dan peramah serta mudah mesra dengan orang. Dia mempunyai ramai kawan, dan ramai orang menyukai dan meminatinya.

Semua guru sukakan dia dan ramai lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Kadang-kadang mereka berkawan dengan saya semata-mata ingin mendekati kakak saya.

Saya berbeza dengan mama dan kakak, saya tidak pernah mendapat pujian seperti mereka. Saya selalu mendengar kata-kata seolah-olah membandingkan saya dengan mama dan kakak.

Kadang-kadang mereka tidak menyangka bahawa saya merupakan anak dan adik kandung kakak memandangkan saya tidaklah secantik mereka.

Saya tembam, berkulit gelap, berjerawat, dan berangka besar. Saya juga seorang yang agak kasar dan garang. Kehidupan saya lebih rapat dengan abang-abang berbanding dengan kakak, oleh sebab itu saya membesar menjadi seorang perempuan yang tegas.

Saya membesar dengan pelbagai kritikan. Saya teringin untuk menjadi cantik seperti mama dan kakak, tetapi mustahil untuk saya menjadi cantik seperti mereka walaupun saya ber"make up" tebal.

Kecantikan mereka merupakan kurniaan Illahi, dan saya tidak dikurniakan memiliki kecantikan seperti itu.

Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya. Kawan saya cakap cantik tu subjektif. Ada orang yang nampak cantik di mata semua orang, dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja. Saya mengaku, kata-kata kawan saya itu ada benarnya.

Jadi, saya tidak lagi mencuba untuk nampak cantik di mata sesiapa. Kerana saya tahu saya tidak mampu untuk kelihatan cantik seperti mama dan kakak.

Saya telah berjaya buktikannya. Kecantikan luaran saya tidak mampu ubah, tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki. Kecantikan akhlak, budi bahasa membuatkan saya juga memiliki ramai kawan dan guru-guru juga turut menyukai saya.

Saya sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak saya dengan kawan-kawan dan dengan guru. Saya sentiasa mencuba untuk membuat baik dan membantu mereka. Alhamdulillah, saya mampu buktikan saya juga berjaya memiliki apa yang kakak saya miliki walaupun saya tidak dikurniakan kecantikan rupa paras seperti mereka.

Perkara tu sangat susah untuk saya lakukan kerana pada asalnya, saya bukanlah begitu. Pada mulanya saya seorang wanita yang sombong dan berperangai buruk. Saya tahu saya tidak boleh ubah rupa paras saya, tapi saya boleh ubah perangai dan akhlak saya. Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak saya cantik.

Secara beransur-ansur, saya cuba untuk menjadi perempuan yang berakhlak mulia, bersopan santun dan lemah lembut.

Saya mengaku saya memang tidak boleh ubah diri saya jadi lemah-lembut seperti mama dan kakak. Mereka memang begitu ukurannya, dan saya memang begini ukurannya. Namun saya telah mencuba sedaya upaya untuk memiliki sifat-sifat baik yang perlu dimiliki oleh wanita muslimah. Bukan untuk memiliki ciri-ciri seperti kakak dan mama, tetapi membentuk ciri-ciri saya sendiri yang Allah pendamkan dalam jiwa saya berdasarkan yang telah diajar oleh Baginda Rasulullah saw..

Secara jujurnya saya tidak mampu untuk memiliki sifat lemah-lembut seperti kakak. Hati saya bukan seperti hati kakak yang berjiwa lemah lembut. Mungkin situasi yang kami lalui berbeza, maka sifat yang membentuk peribadi kami berbeza.

Saya terdidik dengan kritikan dan hati saya sedikit sebanyak telah terguris walaupun pada dasarnya tidak pernah kelihatan. Namun ia telah membentuk peribadi yang lebih keras dan tegas supaya saya mampu mengharunginya.

Saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, namun masih ada lagi kata-kata yang terkeluar daripada mulut-mulut yang tidak sedar dengan pemberian Allah yang mampu mengguris perasaan saya.

Masih ramai lagi orang yang selalu membanding-bandingkan saya dengan mama dan kakak dengan kecantikan luaran. Malah mereka selalu persoalkan kenapa paras rupa saya tidak cantik seperti mama dan kakak saya tanpa rasa bersalah. Saya betul-betul terguris dengan kata-kata seperti itu walaupun saya tidak pernah menzahirkannya. Hanyalah Allah yang memahami perasaan saya.

Walaupun hati saya banyak terguris dengan kata-kata mereka, namun saya bertekad dan ingin membuktikan bahawa kecantikan bukan penentu kebahagiaan, yang penting adalah dengan ilmu yang saya miliki dan cara saya membawa diri.

Saya pun menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya selalu dengar, tidak guna cantik andai tidak berilmu. Saya ingin menjadi seorang yang berilmu.

Kekurangan saya, saya jadikan perangsang untuk berjaya. Saya berjaya kerana saya berusaha, bukan kerana paras rupa saya. Biarlah saya menang kerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri.

Baru kini saya sedar, walaupun Allah tidak kurniakan saya kelebihan dari segi kecantikan, namun Allah telah memberi saya banyak kelebihan yang tidak semua orang miliki.

Saya memiliki kemahiran melukis dengan baik, boleh mencipta dan mengubah lagu, serta Allah juga mengurniakan saya pemikiran yang kreatif untuk mereka sesuatu yang baru.

Saya berjaya buktikan kecantikan itu bersifat subjektif. Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.

Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni. Disebabkan saya tidak cantik, saya tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.

Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.

- Artikel iluvislam.com
sumber gambar:carian google

Wednesday 13 April 2011

Jugak ft zizan raja lawak:ANGGUN (terase diri anggun plk bile layan lagu nie.HAHA.perasan lah kau ida ;p)





Lirik Lagu Anggun – Zizan Feat Zain Ruffedge & Altimet

(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di mataku,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.

(Verse 1 # Zizan)
KL KL kosa nostra yang bicara,
Ramai ternoda dan ramai yang tergoda,
Ini kisah teruna dan juga dara,
Bertemu tak sengaja ketika ronda-ronda,
Bermula Subaru kelabu berpacu,
Tersekat pandangan ke arah sesuatu,
Tertanya di hati inikah ratu melayu,
Bersama ibu, nyata dia ku mahu tahu,
Harapku temu di destinasiku,
Berkat doa di dada, takdir kau ku temu,
Merisik tanya siapakah dalam kebaya,
Bolehku add Facebook dan Twitter nya,
Ibu memandang ku senyum sahaja,
Sayonara, ku undur sebentar ya,
Malu ku mahu harus bagaimana,
Silakan Altimet wakilkan bicara.

(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di matamu,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.

(Verse 2 # Altimet)
Salam, Si Anggun apa khabar,
Wajah seperti yg terpampang di layar,
Lesung pipit hitam manis petunjuk salasilah
Pekerti seperti saidatina khadijah,
Tumpang tanya siapa yang jadi teman,
Jawapan tepat tuhan rasul dan qur’an,
Tak marah, terkilan pun bukan,
Kerna mereka 3 dan aku pun sepasukan,
Maaf jika hamba kurang sopan,
Tapi sehidup menatap sudah tentu tak bosan,
Maaf jika hamba terlebih melopong,
Tapi pusingan ini hamba kalah satu-kosong,
Mungkin juga ada pusingan kedua,
Mungkin ada jalan untuk anakku ke syurga,
Maaf jika kita di cemburui masa,
Kalau aku tuannya kita bicara lebih lama,

(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di mataku,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.

(Bridge #)
Diri kamu memukau ku,
Biarkan kau dan aku bersatu (bagaimana?)
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu (harus)
Wahai ibu izinkan aku lalu (ayuh)
Bina hidup bina hasrat yang baru
Biarkan kau dan aku bersatu
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu
Wahai ibu izinkan aku lalu
Bina hidup bina hasrat yang baru

(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di mataku,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.

Monday 11 April 2011

Siape x tgok GEMILANG dia rugi sgt2~!!


Ini bukan filem Gemilang yang penah erra fazira dan ning baizura belakon tau. Nie drama rantaian Gemilang yang yang disiarkan setiap hari Isnin 9 mlm kat tv3. Crita yang sangat best, ade mesej, pelakon yang best bukan sahaja pelakon utama malah pelakon2 pembantu yang menjadi pelaja untuk drama ini memang superbb terbaik! (eh2 lupa nak habaq entri ini fresh 15 minit selepas cite Gemilang episod ke2 terakhir habis ditayangkan) So, korang mesti dpt agaklah kan yang betapa si empunya belog nie sungguh teruja dgn drama nie dan bergegas menghidupkan lappy dan mengepos entri ini. HAHAHA. ;P

Cerita arahan Kabir Bahtiar ini (jugak pengarah untuk Nur Kasih). Tentang perit jerih seorang bapa mebesarkan 4 orang anak sleepas kematian isteri ketika melahirkan anak perumpuan mereka yang bernama Mia. Akibat kesempitan hidup (diceritakan dengan sungguh tragis yang membuatkan penonton sebak). Konflik dimulakan dengan Mia terpaksa diserahkan kepada org lain kerana kemiskinan. Satu demi satu anak-anak diserahkan kepada keluarga lain. Saifullah di jaga oleh gurunya sebntar sebelum diserahkan kepada keluarga angkat setelah bapanya meninggal dlm kemalangan. 

TADAAA......

Eh kacau mood lah tadaa tu. Tu nak menunjukan Saifullah da bsr. HAHA Bila besar dia jadik ckgu. Cerita ini berkisar tentang dunia pendidikan era 1970an. Bergandingan dengan Asma, Ruhana dan Umar membuka Institut Gemilang. Kat cinilah segalanya bermula. tentang pengorbanan mereka (Saifullah, Asma dan Umar) Ruhana terkecuali ok. Tak suka betul dgn watak Ruhana yang sunggug antagonis sbb dia talam 2 muke, suke melaga-lagakan dan selfish. (Dia xsesuai jadik cikguu!!errrgggghhhhhhhh) Perjuangan guru dalam cite nie bukan sahaja mengaja malah lebih dari itu. Aku sungguh kagum. Bagaimana mereka bertiga menangani permasalahan pelajar dari segi pelajaran, masalah kewangan, peribadi, emosi dan keluarga berjaya ditangani dgn baik. Sprt kata pepatah Bersatu teguh bercerai Roboh. Mereka saling membantu, mengerti dan mencari penyelesaian bersama dalam menangani masalah pelajar. Byangkan ckgu Saif dan Ckgu Asma sanggup bejaga malam mengutip durian semata-mata untuk memastikan pelaja mereka tidak mengantuk dan tidur di dalam kelas. Bagaimana dgn selamba ckgu Saif mengantikan tempat pelajanya jadi buruh binaan. Saifullah adalah watak utama. Aku kagum bagaimana dia boleh handle masalah student di waktu yang sama mencari adik beradik dia yang terpisah. 

Cerita nie jugak memaparkan konflik percintaan dan persahabatan antara 4 orang guru ini. Bagaimana Ckgu Ruhana cuba mmecahbelahkan persahabatan Sif dan Umar yang telah terjalin sejak zaman universiti. (Ak suka 2 orang sahabat nie sbb sama2 susah dan senang dalam memajukan Institut). Juga cinta Ruhana yang tidak terbalas terhadap Saifullah kerana Lah lebih menyintai Asmah. Tapi pada aku konflik percintaan dan persahabatan hanyalah sebahagian rencah dlaam cite nie. Misi utama tetap terdukung bagaimana mereka mendidik pelaja2 sehingga ke menara gading.

Nie sebahagian sinopsis yang ak share. Klu korg tgok dari mula drama nie mesti setuju dgn tajuk entri ak tu. Cite nie memng best sgt sbb ade mesej dan jalan ceritanya sungguh tersusun. Secara peribadi cite nie lebih sedap dari drama Nur Kasih. Nie pendapat peribadi akulah...;)

Kalau yang baru nak jatuh cinta pada aku mungkin agak terlambat. Sebab minggu depan da episod akhir..SOBSBSOB. Mungkin kene tunggu DVD gemilang muncul kat pasaran. Bagi aku sebuah cerita bukanlah mengenai watak hero dan heroinnya yang hansem dan cantik menawan tapi lebih kepada kelainan yang ditonjolkan. Dan anda akan dapat melalui drama GEMILANG.

P/S: kadang2 aku tertanya sendiri..mmpukah aku menjadi sehebat ckgu Saif dan Ckgu Asmah nanti? 

Kisah realiti di celah2 kehidupan yang dikatakan GAH!

Zakat termasuk memberi kpd orng berhutang..Anyone can or knows "orng2 kaya" pls let me know. Single mum terdesak nk setle hutang ahlong..

Ada orang beli 1 bag 30 ribu dan ada orng perlu 30 ribu untuk bayar hutang, terdesak. Kalaulah orng kaya lebih "prihatin".. Inequalities...

Dipetik dari: Wardina Saffiya fanpage
Manusia kaya,
Punye rumah besar, duit dalam dompet berkoyan-koyan, tnah berbidang-bidang, pakai kete import cash, perabot rumah diimport dari luar negara, ade bibik 2 3 orang yang memenuhi ruang dapur HAHA, derma tapi WAJIB di publishkan kpd media, simpanan  ber juta2, baju berjenama setanding posh beckham, naik flight walaupun jarak perjalanan hanya dari JB ke KL, percutian mewah dan bermacam2 lagik lah yang tak pernah saya tahu kerana satu diantara di senaraikan di atas nie belum pernah sy alami. Ye belum pernah tp mana tahu esok lusa Allah nak bagi rezeki kan..;P

Betulkah apabila manusia mewah mereka selalu lupa diri?

Saya tidak mahu bersangka buruk tapi kebiasaanya dan melalui pemerhatian sy (walaupon masih ade segelintir yup segelintir sahaja yang berhati mulia) begitulah. Manusia sering lupa di mana mereka berpijak bila telah 'tidur diatas duit'

Sy bukan nak cerita betapa besh gilernya menjadik orang kaya raya tapi nak berkongsi cerita tentang betapa sukar dan peritnya menjadi orang miskin yang tidak punya apa.Yup walaupun sy sgt tidak suke menyebut perkataan 'miskin' tetapi kita tidak boleh menolak realiti kehidupan. Memang masih ramai manusia yang miskin samaada mereka2 terlepas pandang atau sengaja membutakan mata tidak mahu memandang!

 'Banglo' insan tidak punya apa..
Alahai..adik2 kecil..(gambar hiasan)

Seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak yang bersekolah. Berkerja sbg pembasuh baju dan penjual kuih. Bangun seawal 4 pagi. Menjaja kuih dan ptg membasuh baju. Kehidupan dirumah setinggan. Gaji sebulan RM 450. Bagaimanakah si ibu tunggal ini mahu menyara 4 org anaknya yang masih bersekolah? Peruntukan modal sehari2 untuk meniaga kuih? bayar sewa rumah api dan air setiap bulan? Kesannya kepada anak2 kecil yang tidak tahu apa2 sebagai 'mangsa' dan si ibu yang tidak berdaya yang terpaksa 'memangsakan' anak2 walaupun jauh disudut hati beliau tidak menginginkan sume itu berlaku. Satu hari si ibu yang baru pulang dari membasuh baju di rumah orang kaya hujung kampung dikejutkan dengan berita yang mebuatkan si ibu terduduk! Anak ketiganya berusia 10 tahun terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari sekolah! Dugaan Allah datang menimpa..Alahai si ibu. Sungguh berat dugaan yang diberikan. Tanpa rela, si ibu terpaksa juga berhenti kerja menjual kuih untuk menjaga anak yang terlantar sakit. Si sulang dengan rasa tanggungjawab kepada ibu dan adik2 lain sanggup mengadaikan masa depan dengan berhenti sekolah!. Bayangkan, apalah yang mampu di buat oleh si sulang 16 tahun tersebut? Saya kagum dengan pengorbanan beliau tapi bagaimanakah dengan masa depan nya nanti? Siapakah pula yang akan memberi senyuman kepada si ibu di hari tua si ibu nanti? Kesianlah jika si ibu akan hidup dalam dunia kemiskinan sepanjang hidupnya. Bagi saya merasai perit jerih kemiskinan bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan tetapi adalah sesuatu yang menyedihkan bila kemiskinan tidak mampu diubah hanya kerana desakan hidup. Anak-anak lah nanti yang mampu mengubah nasib ibu bapa daripada berterusan di pandang hina sesetengah masyarakat. Anak-anaklah yang mampu menzahirkan walau sezarah kesenangan kepada si ibu ketika si ibu melewati sisa-sisa kehidupan setelah bersusah payah menggagahi tulang empat keratnya untuk mebesarkan mereka. Tapi,,jika si 16tahun tersebut berhenti sekolah diusia sebegitu mampukah dia menjelmakan senyuman kepada wajah-wajah duka? 

Kalaulah si kaya mendengar. Kalaulah si kaya prihatin. Kalaulah si kaya sedar bahawa kasut dan beg tangun mewah jenama LV yang di pakai hanya untuk sekali event dan dibeli sehingga mencecah ribuan ringgit itu boleh menjadi makanan dan keperluan seumur hidup yang sungguh tidak ternilai buat si miskin. Kalaulah.....

Sy pernah terbaca di dalam rungan komen sebuah akhbar yang berbunyi...

"Hairan dengan sesetengah ibu bapa yang sanggup membahayakan anak-anak mereka yang masih kecil dengan membonceng motosikal."

HAHA. Kesimpulan saya, komen ini diberi oleh orang kaya yang tidak pernah merasai hidup susah! Kalau lah si penunggang motosikal itu kaya, sanggupkah dia melihat anak-anak mereka berpanas berhujan. Smnggupkah? Cubalah empati bukan hanya pandai bercakap tanpa berfikir mengapa dan kenapa! Hai manusia2 (mengelengkan kepala). Cubalah menjadi manusia yang bukan sahaja prihatin tapi juga memhami. Memang benarkan, kita tidak akan tahu kehidupan orang susah kalau kita tidak pernah mengalaminya sendiri.. 

Bagi saya,  saya paling benci manusia penindas! Nak hidup senang lenang sendiri tanpa memikirkan kedaifan orang lain! Sebagai hamba yang bukanlah serba kamil lebih2 lagi bakal pendidik anak bangsa kelak, peranan saya bukanlah hanya mendidik, tetapi menyelami jiwa anak-anak ini. Saya idak mahu nasib anak didik saya nanti seperti si sulung 16 tahun ini. Terpaksa menanggung bebanan seorang diri tanpa orang sekeliling memberi sokongan bukan sahaja dari segi material malah motivasi. SAYA TIDAK SANGGUP anak2 didik saya keciciran pelajaran hanya kerana mempunyai tiket kemiskinan!

Betulkah kaya juga banyak masalah?


sumber gambar:carian google

Sunday 10 April 2011

Minggu baru: Semoga ade berita disebalik satu penantian!

Penantian ini akan berakhir dgn 2 cerita...

Samaada....


...Atau



Esok masuk minggu baru. 11 April 2011. Genap 2 bulan ak intrview. Harap minggu baru yang akan tiba esok akan menjelmalah keputusan yang dinanti-nantikan oleh ak dan sume kawan2 se 'batch'.

Benarlah...


'Penantian itu satu penyiksaan'

Penantian yang sungguh panjang dan ak mengharapkan berakhir dengan keputusan yang menggembirakan. Aku telah berusaha sehabis yang termampu masa iv. Menghafal segala fakta2 yang benar dan sahih berkenaan dengan dunia pendidikan dan bermacam dasar selain mempersiapkan diri dengan beratus2 soalan insak yang mempunyai 2 pilihan jawapan tetapi sukar dan mengelirukan.

InsyaAllah.usaha+doa+tawakal adalah resepi utama sebuah cerita kegembiraan.

Bersabar ida.bersabarlah..

Semoga berita gembira akan datang jugak untuk ak dan sume kawan2. Amin.


p/s: walau ape pon keputusannya kelak...sebagai hamba-Nya kite perlu redha.

Sinarilah jiwa aku, kaluargaku, anak didik ku dgn IMAN MU YA RABB. (tazkirah ini bukan hasil tulisan si empunya belog)

SOAL JAWAB MENGENAI COUPLE….



Sentiasalah berdoa untuk mendapat suami / isteri yg soleh dan solehah.InsyaAllah...

InsyaAllah Dia akan memakbulkan doa kepada hambaNya yg tidak pernah berputus asa meminta

KAMI HANYA BERBUAL-BUAL, BERBINCANG, BERTANYA KHABAR,MINUM-MINUM DI KAFE. ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN KAMI TIDAK BERNIAT KE ARAH ITU.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian denga seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG BERCINTA MENJURUS KEPADA PENZINAAN. ADA YANG BERCINTA DALAM TELEFON DAN HANTAR SMS SAHAJA. TIDAK PERNAH BERSUA MUKA PUN! 
Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH? ITUPUN ZINA KE? 
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. 


DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK BOLEH KE? BINCANG PELAJARAN SAHAJA! *(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

SUNGGUH! BINCANG PELAJARAN SAHAJA. NI STUDY GROUP. *(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) 
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu...banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

TIDAKLAH. SUNGGUH BERBINCANG PELAJARAN. 
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia. 

KAMI BERDUA SAMA-SAMA BELAJAR, STUDY GROUP, SALING MEMBERI SEMANGAT DAN MOTIVASI.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.


TAKKANLAH TAK ADA LANGSUNG RUANG YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM UNTUK BERCINTA? ADAKAH ISLAM MEMBUNUH TERUS NALURI CINTA?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah.Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. 

TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

KALAU BEGITU, CINTA REMAJA SEMUA MENGHAMPIRI KEPADA PENZINAAN?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! 

MASIH RAMAI ORANG YANG BERCINTA TETAPI TETAP SELAMAT TIDAK SAMPAI BERZINA. KAMI TAHAN DIUJI.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.


JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. 

TETAPI CINTA SELEPAS KAHWIN BANYAK MASALAH. KITA TAK KENAL PASANGAN KITA SECARA DEKAT. BERCINTA ADALAH UNTUK MENGENAL HATI BUDI PASANGAN SEBELUM BUAT KEPUTUSAN KAHWIN.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Kalau mahu mengetahui peribadi pasangan, itulah sebabnya Islam ada membuat pertunangan. Tetapi pertunangan juga ada batasan yang sama seperti sebelum kahwin. Syarat-syarat semasa dalam pertunangan juga sama ketika sebelum berkahwin. Hanya perkahwinan sahaja yang menghalalkan perkara-perkara yang haram antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Jika mahu mengenali hati budi pasangan, adalah dicadangkan supaya pasangan tunang itu bertemu sahaja di rumah pasangan masing-masing bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Bukankah itu lebih baik? Keluarga dari kedua-dua belah pihak boleh mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat lagi.

PERCAYALAH, KAMI BERCINTA DEMI MERANCANG KEBAHAGIAAN HIDUP NANTI. 
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yangmenganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

TANYA SIKIT, ADIK ANGKAT, KAKAK ANGKAT, ABANG ANGKAT BOLEH KE?Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. 

JADI SEOLAH-OLAH ORANG YANG BERCINTA TELAH HILANG MARUAH DIRI? 
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

ADAKAH ORANG YANG BERCINTA HILANG MARUAH? 
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. 

Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3) 

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan. 


JADI ORANG YANG BERCINTA HANYA LAYAK BERKAHWIN DENGAN ORANG YANG PERNAH BERCINTA JUGA?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. 

KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI 
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah. 

SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN. DIA LELAKI YANG PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJAWAB. 
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak- anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki. 


JADI, PEREMPUAN YANG BERCINTA, JATUH MARUAHNYA PADA PANDANGAN LELAKI? (tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya. 

MASIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK BERCINTA DI ZAMAN INI? 
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari
melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35) 


BAGAIMANA KAMI? 
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. 

KAMI INGIN MENDAPAT REDHA TUHAN. TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA. 
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar &kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri. Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa. Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubatmu. 

KITA BERPISAH KERANA ALLAH, KALAU ADA JODOH, TIDAK KEMANA!




Sumber: http://redzuanrozle.blogspot.com/ dan rujukan: USRAH ANAK MUDA


Setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Yang lebih penting bagaimana seseorang itu bangun daripada kelalaian masa lalu dan memperbaiki diri sehari kehari. Tiada istilah 'terlambat' jika berhadapan dengan Allah. Dia maha Pemurah Dia maha Pengampun. Sama-samalah kite memperbaiki akhlak dan meningkatkan ibadah tangga demi tangga. InsyaAllah.

sumber gambar: carian google