Terima kasih◕‿◕

Monday 30 May 2011

Pssssttt...ok2 yg nie last cite pasai SALMA menjuarai Mentor5 ek: Salma - Aku Permata [Komen + Markah]



Ok menurut Taja MUH lagu nie adalah memang kisah Salma. Bagaimana dia bertahan, struggle, dan menempuh liku-liku kehidupan. Seperti ada hubungan antara lagu-pendengar-penyanyi. Yup! Salma memang berkongsi lagu ini dengan sume penyokong !

Pada saya lagu nie memang mempunyai makna yang mendalam. Bagaimana seseorang itu untuk mengejar impian, jatuh bangun dan akhirnya berjaya. Lagu nie sesuai untuk sume golongan sbb dia bukan lagu cinta yang meleweh-leweh. Tahniah untuk Taja.

Salma bawak lagu nie ada jiwa. Walaupun belum mesra pendengar lagi...tp sy pasti ramai yang akan menyukai lagu ini selepas konsert Mentor 5 ini. Hope lagu nie bole pergi jauh cnthnya masuk AJL ke. waaaaaaa.......go go go Salma !

p/s: video nie juga memuatkan komen juri ! Sila dgr tau ^^

To miss zazazazOt: Sy ialah peminat setia S.A.L.M.A ye. (jgn tambah hayek kat blkg tu)...;)

Final Song Cinta and Rindu - Salma and Jaclyn Victor - Mentor 5



Lagu kedua Salma di pentas akhir Mentor 5 - Duet bersama Jac CINTA dan Rindu. Sngt suke persembahan mereka. Ada drama dan nampak hidup sgt. Sesuai dgn lagu. Nampak sweet sgt Salma ms frust nyanyi kat katil tu. Hehe. Lagi 1...sy suke baju dia dlm segmen nie. Baju dia sgt kene dgn Salma. Yang penting Jac tidak over shadow ! Kedua2 mereka mempunyai vokal yang bertaraf antarabangsa !

Sunday 29 May 2011

Mentor 5 2011 - FINAL : Salma - Listen



Sgt suka persembahan SALMA dgn lagu LISTEN nie. Memang thumb up! Superb ! Terpaku !

SALMA JUARA MENTOR 5 ! lepas nie sy bole tdu dgn lena~

Ok. Sebelum empunye blog ini teruja mengarang cerita tentang SALMA..yok kite layan aura sang JUARA MENTOR5 ini malam tadi. Semua gambar ini diambil dan credit to Fit Sparrow












Ini kisah selepas separuh akhir sebelum keputusan konsert akhir

Saya akui sungguh tidak sangka dgn markah separuh akhir Salma. Membuatkan sy jiwa kacau. Tidur sy selepas itu pon tidak lena. Ye..sy terlalu meikirkan tentang final Salma. Tidak boleh tidak. Habis sume fanpage, fb, blog yang berkisar tentang Salma sy like dan baca. video nyanyian beliau di youtube jgn cite lah. Sume sy dgr. Tapi kesetiaan untuk terus minat dia tidak pernah pudar. Mungkin semasa separuh akhir tersebut (sprt kata juri) dia membuat kesilapan. Jadi sy terima. Stp hr membaca komen penyokong Salma melalui laman sosial membuatkan semangat sy terus berkobar-kobar untuk melihat kebangkitan dia di pentas akhir. Sy pasti ! Salma akan bangkit untuk menebus semua kekecewaan dia, Erra dan penyokong beliau. 

Listen: adalah lagu kegemaran Salma. Masa tgok final tadi merinding rsnya (sprt kata Marcel). Memang sy fokus sgt ms Salma nyanyi. xnak sesaat pon tertinggal. Pada saya persembahan Salma untuk lagu Listen memang superb! vokal pon membuat org terpegun ! wahaaaaa Salma. tidak syak lg kau lah pujaan hatiku.

Cinta dan Rindu: lagu nie duet ngan Jac. Penyanyi kegemaran Salma. Penuh dgn drama. Sebenarnya sebelum konsert akhir puas sy cari lagu RINDU siapakah yang mereka nyanyi ini? Ada yg kata lagu Ella, ada yg kata Keris patih...tapi beberapa jam sebelum konsert baru sy temui lagu Rindu itu milik Hetty Koes Endang. Tapi kedua2nya dpt menjiwai lagu dan lakonan dgn baik. Memang feel habis! Marvellous bak kata Ziana Zain. HAHAHA. Yang pnting Jac tidak over shadow Salma. Kedua2 nya memang menunjukkan kekuatan masing2. Sedappppppp sgt2 mereka nyanyi lagu CINTA dan Rindu nie. seyesss !

Aku permata: Ye Salma memang kaulah permata yang di cari. Sy suke lagu nie. Maksud nya sgt mendalam. Memang kene sgt nagn Salma. Tahniah kepada Taja MUH ! Dia nyanyi tadi tetap ada feel ! Syukur dan tahniah !

Apabila markah diumunkan !

Finallyyyyyy !! SALMA JUARA MENTOR 5 dgn makah keseluruhan 85 ! meninggalkan jauh pemenang tempat ke dua SHIHA 63 dan IQA 56.

Tahniah salma ! Tahniah Erra Fazira ! memang sangat3 puas hati !

Kepada penyokong salma termasuk saya......jgn pernah berhenti menyokong~

p/s: Penat jari jemari sy undi Salma hari nie (celcom dan maxis) tapi cume mesej dr Maxis jer berjaya di hantar. Celcom plk sume xbejaya. mungkin ramai sgt yang mengundi kot. Jadi line bz. tak mengapalah..yg penting SALMA KITE BERJAYA! YEEEEEEEEAAAAAAHHHHHH !

Segalanya hanya untuk mu SALMA ♥


Tinggal lg beberapa jam..penentuan siapakah JUARA MENTOR 5.
Hahaha.......aku pulak yg terlebey xcited.


Sepanjang minggu nie...
Segalanya tentang Salma...
Tidur tidak lena kerana Salma (HAHAHA...yup. Sungguh)
Layan komen2 peminat kat fanpage Salma yang paling ramai pengikut itu stp hari
Tidak lupa memberi kata-kata semnagat kpd nya samaada di Fanpage Salma atau di FB peribadi beliau.

Penyudahan konsert separuh akhir di tempat ketiga...satu tamparan hebat bukan sahaja untuk Salma dan Erra Fazira...bahkan hampir keseluruhan penyokong Salma yang aku yakin sungguh SETIA
Macam aku sendiri pernah terduduk apabila markah separuh akhir diumumkan..HAHAA
dan pernah berniat untuk tidak mahu melihat Mentor akhir hanya kerana Salma xdpt masuk akhir


Selang beberapa saat...apabila Ally umumkan kemasukan Salma ke akhir..
Bagaikan ade sinar baru...yakin yang perjuangan Salma belum berakhir...
Tidak kesahlah....walaupun ada suara-suara yang mempertikaikan kemasukan Salma (sbb sebelum nie da mention konsert akhir hanya kpd 2 orang yg dpt markah tertinggi).
Ibarat hero hindustan yang biasanya kalah dulu sebelum dipenghujungnya tersenyum puas kegumbiraan...aku mengharapkan Salma jugak begitu..
Bangkitlah dan buktikan yang anda memng hebat ! 

Sejujurnya.......aku minat dan menantikan Mentor 5 sebab ada seorang penyanyi sehebat Salma..
Dan dalam sejarah..aku menyimpan kredit hanya untuk men 'vote' Salma mlm nie....


Bak kata RAHIM MAAROF..

'KITA RASAKAN KEHANGATANNYAAAAAAAAAA'

Aku dan sume penyokong sgt yakin....yang Salma dan Erra akan bangkit menebus sume kesilapan dan kekecawaan separuh akhir dengan sesuatu yang mantap malam ini !

GO SALMA GO~

Monday 16 May 2011

Biarku menjadi lilin~

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling
Dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan
rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini
dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh
terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan
setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa
dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian
saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini
dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri



(Biarku menjadi lilin by Pelangi) 

Baru sy sedar.....
(ye..baru sahaja beberapa minit tadi)
Betapa seorang GURU itu mempunyai 2 tarikh yang sangat penting dalam hidupnya secara peribadi..

Pertama : Hari lahir mereka
Kedua : Hari guru

Bila tibe kedua dua tarikh ini...penuhlah fb guru tersebut dgn ucapan selamat hari lahir dan selamat hari guru cikgu !

Betapa istimewanya kerjaya ini !

Pada saya yang akan bergelar guru InsyaAllah bulan 6 nanti....Hari guru punya keistimewaan sendiri. Biarpun masih belum berkesempatan untuk meraikannya bersama dgn anak murid tetapi saya tetap merasai tempias perayaan meraikan jerit perih dan daya juang seorang guru ini.

Bila tiba 16 Mei...

Media juga mengambil peranan bersama-sama meraikan jasa - jasa para guru dengan pelbagai rancangan bertemakan Guru yang tujuannya hanya satu..ingin mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan insan yang mulia ini.

Siapalah saya hari ini tanpa bakti didikan mereka.
Ya siapalah kita !

Terima kasih kepada bekas -bekas anak didik saya semasa praktikal dulu atas ucapan 'SELAMAT HARI GURU CIKGU !' sama ada melalui sms atau ucapan di fb saya. Terima kasih !. Sesungguhnya andalah yang pertama pada saya dalam perjuangan untuk memberi dan berkongsi ilmu kepada anak bangsa. Benar, bukan hadiah yang di harapkan tetapi yang lebih bermakna ucapan selamat dan terima kasih daripada mereka yang sentiasa mendoakan, memberi sokongan kepada para murabbi ini.

Kau lilin hidupku - khas untuk semua guru yang pernah mengajar saya dari zaman sekolah tadika sehinggalah ke IPTA.

Biarku menjadi lilin - harapan saya apabila bergelar guru nanti. Memberi dan berkongsi sesuatu kepada anak bangsa untuk memperolehi masa depan yang lebih baik. InsyaAllah.

Saturday 14 May 2011

wek - wek kau _ _ _ !



Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

 (Anak -anak kita by M Nasir)


Haaa....tajuk ini memang sengaja bernadakan ejekan !
Yup. Sengaja tapi bukan beniat mahu mengejek !

Ok mari aku bukak cerita.

Tadi masa bersantai2 menghirup udara segar petang...
Tiba-tiba telinga mendengar sesuatu yg memang tidak enak di dengar dan tiba2 telinga pon jadik berdesing...errrggghhh

Lalu...

Mata tertancap pd segerombolan budak budak yg sumenya lelaki sdg bermain2. Ahhh ida tu kan perkara biasa. Nape lak kau nak telinga berdesing dan mata tertancap bagai nya??

Yup. bermain2 di waktu petang tu memang biase. Apatah lagik di hujung minggu yang biasenya bagi budak budak masa untuk melupakan sekejap kerja sekolah dan membaca buku walaupun sering dimarahi ibu bapa. Bila tiba waktu nak p sekola time tu la terkocoh-kocoh kemas beg dan siapkan baki tertunggak kerja rumah segala. Haaa....jgn ikut cara nie. Say no to 'last minute. heap jgn ! '

Ok. berbalik pada cerita budak - budak itu yg menjadi fokus utama perbualan. Sedang mereka bermain2...datanglah budak perempuan melintasi tempat permainan mereka. yeap. sekadar melintasi. dan mungkin budak perempuan tersebut tidak berniat untuk bertegur sapa, atau men 'join' jauh sekali mencari gaduh.

Selepas budak perempuan tersebut melalui jalan tempat budak-budak lelaki itu bermainlah yang membuatkan telinga ak yang mendengar agak panas. walaupun aku berada jauh - jauh sedikit. Eh kalau dekat kau nak jadik ape ida? Pengadil main baling tin? HAHA

' wek - wek gigi terabur,,gigi terabur ! ' 

 ( Mintak maaf ye. dialog ini terpaksa sy tulis walaupun agak kurang sedap di dengar. dialog ini pon da di tukar sedikit ejekannya supaya tiada unsur2 bernada ejekan yg melampau dan ia tidak ditujukan kpd siapa2. Jika ade yg terasa ia hanya kebetulan dan sy tidak berniat begitu. Sekali lagik. mintak maaf)

Aku terpana seketika. xtau nak ckp ape. dalam hati rasa sedey dan simpati. lalu aku memandang budak perempuan itu melalui ekor mata empati. Budak perempuan itu terus berlalu. Tidak berniat plk mahu membalas. Mungkin dalam hatinya rasa sayu benar. Tiada kekuatan untuk mebela diri. Apatah lagi mahu mempertahankan diri dengan menagkis ejekan dalam bentuk lisan. Yup. Dia tidak mampu mungkin kerana malu dan terkejut. Alahai adik. T_T

Aku bukan tidak pernah melalui saat - saat menjadi budak - budak atau kanak - kanak. Pernah. Tp seingat akulah aku tak pernah mengeluarkan kata- kata yang bernada ejekan yang boleh menjatuhkan air muka orang lain ! Tolong jgn buat org lain merasa rendah diri !

Kalau kita memandang sinis atau menghina atau mengutuk atau mengejek kekurangan orang lain..samelah kita mempersendakan kurniaan dan ketetapan Allah. Nauzubillah...Mintak mintak di jauhkan dari perbuatan sebegitu.

Sesetengah ibu bapa. Ye hanya sesetengah sahaja. mengaggap ejekan sebegini yang di lontarkan oleh anak-anak mereka sbg....

Ala....biaselah budak - budak.... 

Sebenanya...kerana mereka budak - budaklah ibu bapa mengambil peranan memberi nasihat. menerangkan mengapa perbuatan 'wek wek ejek ejek' itu di larang atau tidak baik walaupun budak itu berstatus hebat klu melontarkan ejekan. Hebat kumpul dosa. Ibu bapa perlu mensedarkan anak-anak jangan meperlekehkan kurniaan Allah.

Ibu bapa jugak perlu akur dengan perbuatan anak-anak mereka di belakang mereka. Akur disini bukan main menghukum dgn pukul jer anak tu tapi kene siasat apa yg anak mereka buat klu kat belakang mereka. Lalu...bila ibu bapa kawan-kawan anak-anak mereka mengadu itu ini...ibu bapa boleh terima dengan baik jangan sampai tidak boleh terima LANGSUNG dan sangka anak - anak mereka jer yg baik atau idak pernah buat salah langsung ! (masih adakah ibu bapa sebegini?)

Ejekan di kalangan budak budak ini boleh dibendung atau di sifarkan dengan NASIHAT. 

Sebagai guru juga ada tanggungjawab yang diamanahkan...kita boleh selitkan nasihat atau pengetahuan melalui pembacaan sprt kesan drpd ejekan atau hadis-hadis tentang larangan perbuatan ini semasa proses pengajran dan pembelajaran di dalam kelas. InsyaAllah.

Perlu di tegur dan memperbetulkan budak - budak ini jangan sampai kerana peluru lisan mereka itu membuatkan mangsa mereka menjadik rendah diri, malu dan tidak mahu bergaul. 

Jangan 'memomokkan' ejekan sbg satu benda yang normal di kalangan budak - budak !!

Jika anda ibu bapa prihatin..anak-anak adalah lambang corak didikan kita. Wassalam.



Sunday 8 May 2011

Tidak terkata !

Sebenanya entri ini sudah 3 hari berada dlm simpanan kepale. Krn line intenet yg sungguh sprt siput...hr ini baru di muntahkan. Tidak mengapa. Masih sempat. Masih belum terlambat.
_____________________________________________________

Segala puji hanya untuk-Mu..
Syukur diberi peluang merasa satu kepuasan..
Yang sukar untuk di ungkapkan dgn bait2 perkataan..

Penat lelah bersekang mata membuat tugasan..
Lenguh longlai jari jemari meringkaskan not-nota..
Berbeza pendapat, mengakui idea ms perbincangan..
Mendisiplinkan diri mengagahkan jiwa menuntut ilmu-ilmuan menjelang minggu peperiksaan,
Wang ringgit usah dikata dan dipersoalkan..

Akhirnya segala-segala sukar payah bagai hilang di telan kesyukuran..

Semua kerana perkhabaran ini..
Yang cepat 24 jam daripada yang dijanjikan..
yang menyimpulkan senyuman manis indah menawan..
yang mengakhiri segala jiwa kacau...

Terima kasih Allah krn memberi peluang..
Terima kasih mama dan ayah krn tidak putus mendoakan, meberi semangat ketika dalam saat-saat kepayahan.

Alhamdulillah.Syukur.


Yang dinanti hampir 3 bulan menjelma jugak pd pg jumaat 6 Mei..laluan berikutnya-'Sekolah manakah?'

Tahniah kepada semua rakan-rakan seperjuangan. Doa kita di makbulkan.
Bersedia untuk satu lagi kejutan awal Jun nanti.

Walau di mana aku diletakkan..niat hanya satu..memberi 'ibu' kpd anak-anak yang menjadi nadi perjuangan. InsyaAllah.

Wednesday 4 May 2011

SATU TEKAD ! KALI INI..MESTI ! PASTI !


11.12 pm

Entri ini paling lame jari jemari menari..

Tetapi tanpa butir bicara..
Tanpa ayat indah melankolik penterjamah bagi perasaan yang bernada sayu..
Otak bagai tepu untuk mentafsir..
Hati bagai sesak untuk berlagak kudus..

Lalu mata lah yg berkaca..

Entah keberapa kali kepala di congak dan bahagi tanpa formula bekalan sejarah tokoh ilmuan..
Entah keberapa kali ayat keramat tanda penutupan sebuah cerita diperhati dalam-dalam dan di paham-pahamkan.
Begitu jiwa sgt tertekan mahu memutuskan.
Ya. Pasti. Payah. Sukar. 
Krn itu tidak keruan lah menahan rasa berkecamuk

Sebuah cerita..
Direnung kembali..Mengetuk rasa..

Mahu menemukan sesuatu yang telah lama hilang
Bukan pengganti.
Bukan streotaip
Bukan sesuatu gelak tawa
Bukan berkongsi indahnya dunia sementara

Sebuah cerita itu..
Mengagumi sesuatu yang tidak pernah di temu..
Bukan pengejar dunia penuh pancaroba..
Mengajar yang tidak tahu memperbetulkan yang buntu
Berpendirian walau halangan dtg mengacau..

Badai dtg menghancurkan buih2 kecil lalu hampalah sebuah rs..
Lalu semua cerita yang mula bermukim cepat2 ditepis takut terus beraja..
Terkesanlah sang hati..
Meranalah si pengagum tanpa mahu memikirkan esok lusa lagi.

Nyah la jauh-jauh.
Pergilah jgn toleh-toleh lagi.
Buanglah segala angan-angan biar tiada saki baki untuk menghancurkan sebuah tekad

Walaupun ada rasa terkilan.
Wlaupun agak sukar memastikan sesuatu yang akan terbentang di depan..
Wlaupun perlu disimpan semua rasa..

Perlulah akur dgn sebuah ketentuan.

Memang.

Tidak boleh ditangguh-tangguh lagi..

Walau terasa sgt payah! MESTI ! .

Monday 2 May 2011

Du..du..dua hari lagi..

untuk menyusun kekuatan..
mencongak strategi..
membina keyakinan..

2 hari lagi..

yg memisahkan senyum atau tangis..
yg perlu redha dgn ketentuan..
yang perlu mencongak penghijrahan...

2 hari lagi..

penantian semakin hampir..
menutup segala andaian aku, mereka dan mata-mata..

Rezeki adalah ketentuan yang Maha Berkuasa..

update : Result postpone ke 7hb.