Terima kasih◕‿◕

Saturday, 23 July 2011

Ohhhhh....alangkah seronoknya berjubah lengan besar dan bertopi 4 segi berserta juntaian tersenyum-senyuman..T_T

Ehhh.......doodle versi kain polka dot berjubah besar.

Kira-kira 4tahun yang lalu......
Hati girang gumbira saat ditawarkan ke menara gading...
Mentanam impian setinggi banjaran titwangsa yang sanyup2 boleh dilihat dari kolej saya...
Menempuh jalan liku-likuan sebagai seorang bakal penconteng papan putih hingga pencen..
Kadang2 bila jiwa kacau berserabut mengambil tempat..
Bila hati perasaan terusik dgn masalah jiwa tentang perasaan..
Bila otak bagai sakit menanggung timbunan assignment..
Bila kepale seakan menolak untuk di sogok dgn ilmu-ilmuan...
Mama dan ayah la tempat menumpah segala rasa gundah gulana..
Kawan-kawan medan tangis duka nestapa....

Sesekali menjejak kaki ke kota metropolitan bila poket tgh tebal awal2 sem..
Setiap Sabtu pekena rojak dan nasi lemak ayam berempah makcik pasar malam..
Tgok2 shawl terbaru membuatkan sy tergila akan shawl sekejap dan sepertinya berlanjutan sehingga kini..HAHHA

Bila tiba musim periksa...
Sume dok kalut lengkapkan nota..
BersengkanG mata sampai lenguh2 buat nota kecik..
kemudian share dgn kawan...(yg share nota ini pada sy adalah satu kepuasan)
Perpustakaan bagai rumah kedua sbb nak kumpul soalan past sem...dan sebelum balik mesti pekena donat dan milo ais kat kedai bawah library....
Rutin tidur berubah time study week. 
Waktu tidu bagaikan tidak lagi berharga walaupun sebelum ini sy merupakan penjaga waktu tidu yg berkualiti. 

Kini....
4 tahun itu menuntut BAYARAN........
Yg berupa sebuah KEPUASAN dan KEGEMBIRAAN...
Yang saya yakin ditunggu-tunggu oleh semua pengejar ilmu....
Tapi saya tidak mampu...
Walaupun nak sangat membayar penat lelah suka duka jatuh bangun tersebut bersama-sma org tersayang....

Tinggallah memori 4 tahun itu yang pasti kekal dalam memori..
Walaupun payah kene Redha....
Maafkan si pengejar ilmuan ini sebab tidak sama-sma meraikan.

P/s: Selamat menggengam ijazah kpd kawan2 rapat tersyg....zaza dan ai, kpd sume kwn2 AT21 (28 July), sume kawan2 batch dis o6 dan untuk junior batch julai 07. 

Sunday, 10 July 2011

bebenar sy sungguh bz!

Assalamaulaikum....
Ini update paling laju....paling ringkas dan padat..
Tanpa ber doodle atau ayat bergerombolan bunga2 hatta sejambak bunga-bungaan sekalipon...

Kerana si tukang taip ini sungguh bz..
Andai masa bole di tambah lagik beberapa jam dlm sehari....
Andai saat senag lenang santai-santai boleh dnikmati tanpa tekanan....
Tapi buat masa ini sungguh terasa bagai tidak mampu..
Nasib baik tarikan nafas masih teratur..
Nasib baik jari jemari masih tidak kaku menapi laju....

Antara 26 waktu...
Antara membiasakan diri dgn dunia penGeografian...
Antara urusan konvo pada 28 hb yang sopan2 mengampbil tempat..
Antara kem kepimpinan 4 hr 3 mlm..
Antara Nazir yang berkunjung kesekolah...
Antara belajar2 dgn dunia kewardanan...
Antara persiapan rancangan mengajar..
Antara bual2 kosong dgn rakan setugas..
Antara perlu berdikari dgn urusan hidup tanpa mama lagi menemani di sisi..
Anta kelas malam..
Antara memikir bagaimana untuk men cover silibus student2...

Menjadikan dunia yang dulu hanya santai2 kini jadik serabut......

Kini..tidak sempat lagi BW, atau menulis pesan pesanan di chatbox org lain. Bila ada masa sy akan follow kembali untuk blogger2 yg sudi follow blog sy. Selamat mlm.

Tuesday, 21 June 2011

Dua minggu ini mengandungi mcm2 rasa...payah itu lebih banyak...(sigh)

Terpaksa
Walau cuba kata ' TIDAK MAHU'
Harus akui......aku bukan peluah masalah atau rs hati yg hebat..
Selalu pikir 2 tiga kali kemudian buat konklusi tidak mahu....

Ye.
Tidak mahu.
Berkongsi.
Ber pung pang.
Komen balas.
Sedey bagai sehingga lubuk hati.
Biar sume org tahu.
Tapi aku tidak mahu.

Lepas geram itu boleh.
Tapi aku tidak mahu.
Rasa-rasa itu biasanya simpan sendiri.
Biar jadik kudis atau kenangan ole2 zaman tua nanti.
Sebab aku selalu pandang 'errrrrrrrrr'
Pada mereka yang suka buat sesi luahan hati di laman maya tanpa pikir panjang2.
Sebab pendapat peribadi aku....luahan itu tidak perlu krn alam maya adalah umum.
Biarpun mereka beridealogi...'Suka hati akulah...akaun aku' grrrrrrrrrr

Hak masing-masing
Kerana pendapat aku itulah..kini aku berkias2
Meluahkan rasa hati yang berkecamuk dgn pelbagai rasa, hiba. sedey, sedikit suka (ya hanya sedikit) di ruangan entri ini.

Kerana bagai tidak mampu lagik terbawa dek badan,
Terpkir dgn tenang oleh akal fikiran.

Sungguh ! Berkecamuk, Serabut seolah megah2 mengambil tempat.
Aduh ! Mahu lari tapi kemana?
Ke gua atau bukit bukit?
Atau duduk diam2 sahaja dalam kelambu rumah?
Pelik manusia nie termasuk aku.
Kadang2 mahu lari dari masalah kononnya kerana terlalu sesak.

Sedarkah semua itu akan berakhir dan mendung akan kembali cerah???

Allah.....kekuatan-MU aku harapkan.

SIGH AGAIN.

Monday, 13 June 2011

Bila JIWA KACAU dtg pula menerjah !


( Katon di atas berupa motivasi untuk diri sendiri juga)

Hidup ini bagai roda basikal..
berputar mengikut kehendak si tuan.
Hidup ini bagai kehendak perut..
lapar dan kenyang silih berganti..
Hidup ini bagai perjuangan exam..
Pepr senang rs mcm nak jerit 1 dewan tp klu ppr killer macam nak nangis 1 kampus ;p
Hidup ini berputar-putar...
Ketawa, terduduk, berlari, jatuh, bangun, menangis bagai merebut tempat untuk dtg menyinggah..

Pasti bermaknalah...Hidup warna warni...
Tapi kadangkala hidup diterjemahkan bagai tiada warna langsung..
Bila hati rasa payah, jiwa rasa resah, kekuatan bagai melayang, tiktiktik airmata bagai tidak tertahan...
Maka menangislah...
Kerana segala resah gelisah gelora segala bagai akan hilang dgn tangisan pada jiwa yang menghadap kepada penciptaNya..

* Doa adalah kekuatan pada hati-hati yang berkecai dan jiwa-jiwa yang mengenal erti syukur.

Saturday, 11 June 2011

Bertatih dahulu baru boleh berlari2 anak !

Rangkap pantun ini mainan zaman kanak2 yang telah di renovate mengikut mood ngantuk tuan punye blog ;)


Buah cempedak di luar pagar, (heap kat luar pagar mn bole curik2 nak amek. Eh2 cempedak ngan nagka mn sedap?)
Ambil galah tolong jolokkan, (hah tgok tu degil nak amek jgk siap galah panjang plk tu )
Tuan belog nie baru bertatih nak belajar,
Klu xbape nak cute miut harap komenkan.

Hehe...entri mcm best jer siap berpantun bagai lagik kau. Tapi entri nie aku jamin sedikit seronok dan menarik sbb ada sesuatu yang ingin di heboh2kan (muka riak x bole belah) kepada teman2 seblog sekalian. (ampun maaf muke kembali merendah diri stlh tersedar dr mimpi krn tidu 5 minit di dpn lappy..ok sambung cerita balik).

Pembelajaran ini hadir adalah bertitik tolak (cntoh ayat bhs melayu penulisan yang digalakkan) daripada kunjungan terbaru aku ke blog ini. Terima kasih dan kredit tu Dina yang tidak lokek berkongsi ilmu-ilmuan berkenaan dgn ilmu seni + ilmu berkomputer.

Bukti aku sungguh teruja untuk mengadaptasi pembelajaran kpd sebuah karya yang tidak lah sberapa klu nak di bandingkan dgn sifu yang mengajar dan dgn blogger2 yang memang da expert bab2 seni melukis dlm blog nie adalah dgn pem'publish'an sebuah lukisan....jom besarkan mata
jeng..jeng..jeng






Tema : Hep! Jaga kau. Jangan nak mengurat !
Pengajaran : Pandang-pandang sahaja dan kemudian bermonologlah di dlm hati masing-masing
Mesej sampingan : Sy blogger baru nak bertatih dan kekurangan tlg tegurkan ye ;)


Nie sahaja persembahan untuk pagi minggu yang hening. Sekarang nie akan selalulah bermanja-manja dgn 'paint' walaupun sebelum ini aku tidak berapa sedar atau dlm erti kata yang sengal sedikit ialah tak pandang langsung kehadirannya....

'Seseseselamat berminggu-mingguan'

Thursday, 9 June 2011

Saya hanya seorang blogger kecil-kecilan..(sambil tertunduk penuh emosi)

Aduh,,,,tersangatlah merendah diri ayat tersebut.....

Eh,,tu bukan ayat merendah diri tapi itu lebih berupa ayat kenyataan. HAHAHA...

Yup. Dr sejak mula membuat belog ini memang sudah ak tau...
Ak tiada bakat mentulis yang superb power gilak..pewiitttt
Ak tiada entri yang bisa membuat siapa2 terus jatuh cinta dan terus mem 'bookmark' link blog aku di lappy mereka.
Ak tiada pic2 yang cun melecun yang akan dikepilkan stp kali entri baru di publish.

Sehinggakan aku sungguh malu untuk meletakkan link belog ini di dalam muka buku.
Malu seh...bile kwn2 membaca entri aku yang merapu entah apa2 ini..HAHA...

Sila baca perbualan ini untuk membuktikan yang memang aku sungguh malu untuk mempromote blog sendiri secara terang-terangan...

Miss K (bukan nama sebena) : Meh la bagi alamat blog ko. Ak nak follow..
Pemblog pemalu : Ala......nanti aku PM kat ko ek alamat blog ak. seganla nak gtau kat cni....


Eh bukankah Miss K (bukan nama sebena) itu jgk antara sebahagian dari kawan2 ko ida? (tanya diri sendiri)
Yola tapi Miss K nie memang bestfren ak yang penah tidu sebantal, makan sepolistren, susah senang bersama sejak dr zaman menghuni kolej dulu. Jadi xde la malu sgt ;p

Sebenanya aku kagum dan segan dgn blogger2 hebat kat Msia nie.
Yang bila kuar jer entri baru berdezuuuppppp..terus mereka2 komen.
Yang pengikut setia belog beribu-ribu riban..
Yang rajin update blog berbeza dgn aku yang sedikit pemalas...
Yang siap ade pic chumil2.
Yang blog mereka masuk majalah berserta tuan blog sekali..
Yang jumlah penview sehinga mencecah ratusan ribu..
Yang ade iklan Nufnag (Aku nak letak iklan nie pon ak xtau.HAHHA. Sengal la ko ida)

Tp aku tetap sprt ini...(sambil muka penuh sedey ntah ape2)
Xmengapalah......menulis blog untuk suka2 jer kan ida...
Jadikkk....Ayuuhhhhh bergumbira. lalallaaa

p/s: Jom g blog EDINA KASYAH ini. Korang pastiiiiiiiiiiii terus terpikat. ;)

Kadangkala kite rapuh dlm melangkah !


Untuk yang sedang bersedih
Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.

Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.

Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.

Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.

Sumber: Paradigma mukmin 

Gambar ladybird : Carian google ;)