Terima kasih◕‿◕

Saturday 23 July 2011

Ohhhhh....alangkah seronoknya berjubah lengan besar dan bertopi 4 segi berserta juntaian tersenyum-senyuman..T_T

Ehhh.......doodle versi kain polka dot berjubah besar.

Kira-kira 4tahun yang lalu......
Hati girang gumbira saat ditawarkan ke menara gading...
Mentanam impian setinggi banjaran titwangsa yang sanyup2 boleh dilihat dari kolej saya...
Menempuh jalan liku-likuan sebagai seorang bakal penconteng papan putih hingga pencen..
Kadang2 bila jiwa kacau berserabut mengambil tempat..
Bila hati perasaan terusik dgn masalah jiwa tentang perasaan..
Bila otak bagai sakit menanggung timbunan assignment..
Bila kepale seakan menolak untuk di sogok dgn ilmu-ilmuan...
Mama dan ayah la tempat menumpah segala rasa gundah gulana..
Kawan-kawan medan tangis duka nestapa....

Sesekali menjejak kaki ke kota metropolitan bila poket tgh tebal awal2 sem..
Setiap Sabtu pekena rojak dan nasi lemak ayam berempah makcik pasar malam..
Tgok2 shawl terbaru membuatkan sy tergila akan shawl sekejap dan sepertinya berlanjutan sehingga kini..HAHHA

Bila tiba musim periksa...
Sume dok kalut lengkapkan nota..
BersengkanG mata sampai lenguh2 buat nota kecik..
kemudian share dgn kawan...(yg share nota ini pada sy adalah satu kepuasan)
Perpustakaan bagai rumah kedua sbb nak kumpul soalan past sem...dan sebelum balik mesti pekena donat dan milo ais kat kedai bawah library....
Rutin tidur berubah time study week. 
Waktu tidu bagaikan tidak lagi berharga walaupun sebelum ini sy merupakan penjaga waktu tidu yg berkualiti. 

Kini....
4 tahun itu menuntut BAYARAN........
Yg berupa sebuah KEPUASAN dan KEGEMBIRAAN...
Yang saya yakin ditunggu-tunggu oleh semua pengejar ilmu....
Tapi saya tidak mampu...
Walaupun nak sangat membayar penat lelah suka duka jatuh bangun tersebut bersama-sma org tersayang....

Tinggallah memori 4 tahun itu yang pasti kekal dalam memori..
Walaupun payah kene Redha....
Maafkan si pengejar ilmuan ini sebab tidak sama-sma meraikan.

P/s: Selamat menggengam ijazah kpd kawan2 rapat tersyg....zaza dan ai, kpd sume kwn2 AT21 (28 July), sume kawan2 batch dis o6 dan untuk junior batch julai 07. 

3 comments:

  1. thanks kak!

    habis cite dah kak. tak ada rugi apa-apa. semua biasa-biasa. 4yrs... and sy sure akk tau upsi cane.


    perit jerih 4 tahun, kemuncaknya 3,4 jam. sure confirm memory 4 tahun lg valuable, right? mungkin memori 3,4 jam sedikit precious tapi mungkin juga tak setanding memori 4 tahun.


    apa yg penting skg, masa depan kita. masa depan akk dengan alattas. masa depan sy? wallahu'alam..


    sy pun nak wish congrats dekat akk. alfun mabruk! mesti dah blaja sikit2 b.arab kan. hehehe bestnya. tahniah akk berjaya dgn cemerlang.


    just so u know, sy rajin sbb akk paling rajin. thanks a lot! (",)



    pssstttt ermmm sy pn t'igt nasi lemak kukus fevret akk.. haha. pasar mlm. khar. pasar kuo. baza ramadhan. kfc. sweet memories remain.

    ReplyDelete
  2. kne diet gak k lau konvo??bukan jubah 2 dh besar . beso cm ne muat jugak..hehe

    ReplyDelete