Terima kasih◕‿◕

Monday 11 April 2011

Kisah realiti di celah2 kehidupan yang dikatakan GAH!

Zakat termasuk memberi kpd orng berhutang..Anyone can or knows "orng2 kaya" pls let me know. Single mum terdesak nk setle hutang ahlong..

Ada orang beli 1 bag 30 ribu dan ada orng perlu 30 ribu untuk bayar hutang, terdesak. Kalaulah orng kaya lebih "prihatin".. Inequalities...

Dipetik dari: Wardina Saffiya fanpage
Manusia kaya,
Punye rumah besar, duit dalam dompet berkoyan-koyan, tnah berbidang-bidang, pakai kete import cash, perabot rumah diimport dari luar negara, ade bibik 2 3 orang yang memenuhi ruang dapur HAHA, derma tapi WAJIB di publishkan kpd media, simpanan  ber juta2, baju berjenama setanding posh beckham, naik flight walaupun jarak perjalanan hanya dari JB ke KL, percutian mewah dan bermacam2 lagik lah yang tak pernah saya tahu kerana satu diantara di senaraikan di atas nie belum pernah sy alami. Ye belum pernah tp mana tahu esok lusa Allah nak bagi rezeki kan..;P

Betulkah apabila manusia mewah mereka selalu lupa diri?

Saya tidak mahu bersangka buruk tapi kebiasaanya dan melalui pemerhatian sy (walaupon masih ade segelintir yup segelintir sahaja yang berhati mulia) begitulah. Manusia sering lupa di mana mereka berpijak bila telah 'tidur diatas duit'

Sy bukan nak cerita betapa besh gilernya menjadik orang kaya raya tapi nak berkongsi cerita tentang betapa sukar dan peritnya menjadi orang miskin yang tidak punya apa.Yup walaupun sy sgt tidak suke menyebut perkataan 'miskin' tetapi kita tidak boleh menolak realiti kehidupan. Memang masih ramai manusia yang miskin samaada mereka2 terlepas pandang atau sengaja membutakan mata tidak mahu memandang!

 'Banglo' insan tidak punya apa..
Alahai..adik2 kecil..(gambar hiasan)

Seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak yang bersekolah. Berkerja sbg pembasuh baju dan penjual kuih. Bangun seawal 4 pagi. Menjaja kuih dan ptg membasuh baju. Kehidupan dirumah setinggan. Gaji sebulan RM 450. Bagaimanakah si ibu tunggal ini mahu menyara 4 org anaknya yang masih bersekolah? Peruntukan modal sehari2 untuk meniaga kuih? bayar sewa rumah api dan air setiap bulan? Kesannya kepada anak2 kecil yang tidak tahu apa2 sebagai 'mangsa' dan si ibu yang tidak berdaya yang terpaksa 'memangsakan' anak2 walaupun jauh disudut hati beliau tidak menginginkan sume itu berlaku. Satu hari si ibu yang baru pulang dari membasuh baju di rumah orang kaya hujung kampung dikejutkan dengan berita yang mebuatkan si ibu terduduk! Anak ketiganya berusia 10 tahun terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari sekolah! Dugaan Allah datang menimpa..Alahai si ibu. Sungguh berat dugaan yang diberikan. Tanpa rela, si ibu terpaksa juga berhenti kerja menjual kuih untuk menjaga anak yang terlantar sakit. Si sulang dengan rasa tanggungjawab kepada ibu dan adik2 lain sanggup mengadaikan masa depan dengan berhenti sekolah!. Bayangkan, apalah yang mampu di buat oleh si sulang 16 tahun tersebut? Saya kagum dengan pengorbanan beliau tapi bagaimanakah dengan masa depan nya nanti? Siapakah pula yang akan memberi senyuman kepada si ibu di hari tua si ibu nanti? Kesianlah jika si ibu akan hidup dalam dunia kemiskinan sepanjang hidupnya. Bagi saya merasai perit jerih kemiskinan bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan tetapi adalah sesuatu yang menyedihkan bila kemiskinan tidak mampu diubah hanya kerana desakan hidup. Anak-anak lah nanti yang mampu mengubah nasib ibu bapa daripada berterusan di pandang hina sesetengah masyarakat. Anak-anaklah yang mampu menzahirkan walau sezarah kesenangan kepada si ibu ketika si ibu melewati sisa-sisa kehidupan setelah bersusah payah menggagahi tulang empat keratnya untuk mebesarkan mereka. Tapi,,jika si 16tahun tersebut berhenti sekolah diusia sebegitu mampukah dia menjelmakan senyuman kepada wajah-wajah duka? 

Kalaulah si kaya mendengar. Kalaulah si kaya prihatin. Kalaulah si kaya sedar bahawa kasut dan beg tangun mewah jenama LV yang di pakai hanya untuk sekali event dan dibeli sehingga mencecah ribuan ringgit itu boleh menjadi makanan dan keperluan seumur hidup yang sungguh tidak ternilai buat si miskin. Kalaulah.....

Sy pernah terbaca di dalam rungan komen sebuah akhbar yang berbunyi...

"Hairan dengan sesetengah ibu bapa yang sanggup membahayakan anak-anak mereka yang masih kecil dengan membonceng motosikal."

HAHA. Kesimpulan saya, komen ini diberi oleh orang kaya yang tidak pernah merasai hidup susah! Kalau lah si penunggang motosikal itu kaya, sanggupkah dia melihat anak-anak mereka berpanas berhujan. Smnggupkah? Cubalah empati bukan hanya pandai bercakap tanpa berfikir mengapa dan kenapa! Hai manusia2 (mengelengkan kepala). Cubalah menjadi manusia yang bukan sahaja prihatin tapi juga memhami. Memang benarkan, kita tidak akan tahu kehidupan orang susah kalau kita tidak pernah mengalaminya sendiri.. 

Bagi saya,  saya paling benci manusia penindas! Nak hidup senang lenang sendiri tanpa memikirkan kedaifan orang lain! Sebagai hamba yang bukanlah serba kamil lebih2 lagi bakal pendidik anak bangsa kelak, peranan saya bukanlah hanya mendidik, tetapi menyelami jiwa anak-anak ini. Saya idak mahu nasib anak didik saya nanti seperti si sulung 16 tahun ini. Terpaksa menanggung bebanan seorang diri tanpa orang sekeliling memberi sokongan bukan sahaja dari segi material malah motivasi. SAYA TIDAK SANGGUP anak2 didik saya keciciran pelajaran hanya kerana mempunyai tiket kemiskinan!

Betulkah kaya juga banyak masalah?


sumber gambar:carian google

No comments:

Post a Comment