Terima kasih◕‿◕

Monday 11 April 2011

Siape x tgok GEMILANG dia rugi sgt2~!!


Ini bukan filem Gemilang yang penah erra fazira dan ning baizura belakon tau. Nie drama rantaian Gemilang yang yang disiarkan setiap hari Isnin 9 mlm kat tv3. Crita yang sangat best, ade mesej, pelakon yang best bukan sahaja pelakon utama malah pelakon2 pembantu yang menjadi pelaja untuk drama ini memang superbb terbaik! (eh2 lupa nak habaq entri ini fresh 15 minit selepas cite Gemilang episod ke2 terakhir habis ditayangkan) So, korang mesti dpt agaklah kan yang betapa si empunya belog nie sungguh teruja dgn drama nie dan bergegas menghidupkan lappy dan mengepos entri ini. HAHAHA. ;P

Cerita arahan Kabir Bahtiar ini (jugak pengarah untuk Nur Kasih). Tentang perit jerih seorang bapa mebesarkan 4 orang anak sleepas kematian isteri ketika melahirkan anak perumpuan mereka yang bernama Mia. Akibat kesempitan hidup (diceritakan dengan sungguh tragis yang membuatkan penonton sebak). Konflik dimulakan dengan Mia terpaksa diserahkan kepada org lain kerana kemiskinan. Satu demi satu anak-anak diserahkan kepada keluarga lain. Saifullah di jaga oleh gurunya sebntar sebelum diserahkan kepada keluarga angkat setelah bapanya meninggal dlm kemalangan. 

TADAAA......

Eh kacau mood lah tadaa tu. Tu nak menunjukan Saifullah da bsr. HAHA Bila besar dia jadik ckgu. Cerita ini berkisar tentang dunia pendidikan era 1970an. Bergandingan dengan Asma, Ruhana dan Umar membuka Institut Gemilang. Kat cinilah segalanya bermula. tentang pengorbanan mereka (Saifullah, Asma dan Umar) Ruhana terkecuali ok. Tak suka betul dgn watak Ruhana yang sunggug antagonis sbb dia talam 2 muke, suke melaga-lagakan dan selfish. (Dia xsesuai jadik cikguu!!errrgggghhhhhhhh) Perjuangan guru dalam cite nie bukan sahaja mengaja malah lebih dari itu. Aku sungguh kagum. Bagaimana mereka bertiga menangani permasalahan pelajar dari segi pelajaran, masalah kewangan, peribadi, emosi dan keluarga berjaya ditangani dgn baik. Sprt kata pepatah Bersatu teguh bercerai Roboh. Mereka saling membantu, mengerti dan mencari penyelesaian bersama dalam menangani masalah pelajar. Byangkan ckgu Saif dan Ckgu Asma sanggup bejaga malam mengutip durian semata-mata untuk memastikan pelaja mereka tidak mengantuk dan tidur di dalam kelas. Bagaimana dgn selamba ckgu Saif mengantikan tempat pelajanya jadi buruh binaan. Saifullah adalah watak utama. Aku kagum bagaimana dia boleh handle masalah student di waktu yang sama mencari adik beradik dia yang terpisah. 

Cerita nie jugak memaparkan konflik percintaan dan persahabatan antara 4 orang guru ini. Bagaimana Ckgu Ruhana cuba mmecahbelahkan persahabatan Sif dan Umar yang telah terjalin sejak zaman universiti. (Ak suka 2 orang sahabat nie sbb sama2 susah dan senang dalam memajukan Institut). Juga cinta Ruhana yang tidak terbalas terhadap Saifullah kerana Lah lebih menyintai Asmah. Tapi pada aku konflik percintaan dan persahabatan hanyalah sebahagian rencah dlaam cite nie. Misi utama tetap terdukung bagaimana mereka mendidik pelaja2 sehingga ke menara gading.

Nie sebahagian sinopsis yang ak share. Klu korg tgok dari mula drama nie mesti setuju dgn tajuk entri ak tu. Cite nie memng best sgt sbb ade mesej dan jalan ceritanya sungguh tersusun. Secara peribadi cite nie lebih sedap dari drama Nur Kasih. Nie pendapat peribadi akulah...;)

Kalau yang baru nak jatuh cinta pada aku mungkin agak terlambat. Sebab minggu depan da episod akhir..SOBSBSOB. Mungkin kene tunggu DVD gemilang muncul kat pasaran. Bagi aku sebuah cerita bukanlah mengenai watak hero dan heroinnya yang hansem dan cantik menawan tapi lebih kepada kelainan yang ditonjolkan. Dan anda akan dapat melalui drama GEMILANG.

P/S: kadang2 aku tertanya sendiri..mmpukah aku menjadi sehebat ckgu Saif dan Ckgu Asmah nanti? 

No comments:

Post a Comment