Terima kasih◕‿◕

Monday 16 May 2011

Biarku menjadi lilin~

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling
Dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan
rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini
dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh
terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan
setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa
dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian
saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini
dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri



(Biarku menjadi lilin by Pelangi) 

Baru sy sedar.....
(ye..baru sahaja beberapa minit tadi)
Betapa seorang GURU itu mempunyai 2 tarikh yang sangat penting dalam hidupnya secara peribadi..

Pertama : Hari lahir mereka
Kedua : Hari guru

Bila tibe kedua dua tarikh ini...penuhlah fb guru tersebut dgn ucapan selamat hari lahir dan selamat hari guru cikgu !

Betapa istimewanya kerjaya ini !

Pada saya yang akan bergelar guru InsyaAllah bulan 6 nanti....Hari guru punya keistimewaan sendiri. Biarpun masih belum berkesempatan untuk meraikannya bersama dgn anak murid tetapi saya tetap merasai tempias perayaan meraikan jerit perih dan daya juang seorang guru ini.

Bila tiba 16 Mei...

Media juga mengambil peranan bersama-sama meraikan jasa - jasa para guru dengan pelbagai rancangan bertemakan Guru yang tujuannya hanya satu..ingin mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan insan yang mulia ini.

Siapalah saya hari ini tanpa bakti didikan mereka.
Ya siapalah kita !

Terima kasih kepada bekas -bekas anak didik saya semasa praktikal dulu atas ucapan 'SELAMAT HARI GURU CIKGU !' sama ada melalui sms atau ucapan di fb saya. Terima kasih !. Sesungguhnya andalah yang pertama pada saya dalam perjuangan untuk memberi dan berkongsi ilmu kepada anak bangsa. Benar, bukan hadiah yang di harapkan tetapi yang lebih bermakna ucapan selamat dan terima kasih daripada mereka yang sentiasa mendoakan, memberi sokongan kepada para murabbi ini.

Kau lilin hidupku - khas untuk semua guru yang pernah mengajar saya dari zaman sekolah tadika sehinggalah ke IPTA.

Biarku menjadi lilin - harapan saya apabila bergelar guru nanti. Memberi dan berkongsi sesuatu kepada anak bangsa untuk memperolehi masa depan yang lebih baik. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment