Terima kasih◕‿◕

Wednesday 4 May 2011

SATU TEKAD ! KALI INI..MESTI ! PASTI !


11.12 pm

Entri ini paling lame jari jemari menari..

Tetapi tanpa butir bicara..
Tanpa ayat indah melankolik penterjamah bagi perasaan yang bernada sayu..
Otak bagai tepu untuk mentafsir..
Hati bagai sesak untuk berlagak kudus..

Lalu mata lah yg berkaca..

Entah keberapa kali kepala di congak dan bahagi tanpa formula bekalan sejarah tokoh ilmuan..
Entah keberapa kali ayat keramat tanda penutupan sebuah cerita diperhati dalam-dalam dan di paham-pahamkan.
Begitu jiwa sgt tertekan mahu memutuskan.
Ya. Pasti. Payah. Sukar. 
Krn itu tidak keruan lah menahan rasa berkecamuk

Sebuah cerita..
Direnung kembali..Mengetuk rasa..

Mahu menemukan sesuatu yang telah lama hilang
Bukan pengganti.
Bukan streotaip
Bukan sesuatu gelak tawa
Bukan berkongsi indahnya dunia sementara

Sebuah cerita itu..
Mengagumi sesuatu yang tidak pernah di temu..
Bukan pengejar dunia penuh pancaroba..
Mengajar yang tidak tahu memperbetulkan yang buntu
Berpendirian walau halangan dtg mengacau..

Badai dtg menghancurkan buih2 kecil lalu hampalah sebuah rs..
Lalu semua cerita yang mula bermukim cepat2 ditepis takut terus beraja..
Terkesanlah sang hati..
Meranalah si pengagum tanpa mahu memikirkan esok lusa lagi.

Nyah la jauh-jauh.
Pergilah jgn toleh-toleh lagi.
Buanglah segala angan-angan biar tiada saki baki untuk menghancurkan sebuah tekad

Walaupun ada rasa terkilan.
Wlaupun agak sukar memastikan sesuatu yang akan terbentang di depan..
Wlaupun perlu disimpan semua rasa..

Perlulah akur dgn sebuah ketentuan.

Memang.

Tidak boleh ditangguh-tangguh lagi..

Walau terasa sgt payah! MESTI ! .

1 comment: