Terima kasih◕‿◕

Saturday 14 May 2011

wek - wek kau _ _ _ !



Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

 (Anak -anak kita by M Nasir)


Haaa....tajuk ini memang sengaja bernadakan ejekan !
Yup. Sengaja tapi bukan beniat mahu mengejek !

Ok mari aku bukak cerita.

Tadi masa bersantai2 menghirup udara segar petang...
Tiba-tiba telinga mendengar sesuatu yg memang tidak enak di dengar dan tiba2 telinga pon jadik berdesing...errrggghhh

Lalu...

Mata tertancap pd segerombolan budak budak yg sumenya lelaki sdg bermain2. Ahhh ida tu kan perkara biasa. Nape lak kau nak telinga berdesing dan mata tertancap bagai nya??

Yup. bermain2 di waktu petang tu memang biase. Apatah lagik di hujung minggu yang biasenya bagi budak budak masa untuk melupakan sekejap kerja sekolah dan membaca buku walaupun sering dimarahi ibu bapa. Bila tiba waktu nak p sekola time tu la terkocoh-kocoh kemas beg dan siapkan baki tertunggak kerja rumah segala. Haaa....jgn ikut cara nie. Say no to 'last minute. heap jgn ! '

Ok. berbalik pada cerita budak - budak itu yg menjadi fokus utama perbualan. Sedang mereka bermain2...datanglah budak perempuan melintasi tempat permainan mereka. yeap. sekadar melintasi. dan mungkin budak perempuan tersebut tidak berniat untuk bertegur sapa, atau men 'join' jauh sekali mencari gaduh.

Selepas budak perempuan tersebut melalui jalan tempat budak-budak lelaki itu bermainlah yang membuatkan telinga ak yang mendengar agak panas. walaupun aku berada jauh - jauh sedikit. Eh kalau dekat kau nak jadik ape ida? Pengadil main baling tin? HAHA

' wek - wek gigi terabur,,gigi terabur ! ' 

 ( Mintak maaf ye. dialog ini terpaksa sy tulis walaupun agak kurang sedap di dengar. dialog ini pon da di tukar sedikit ejekannya supaya tiada unsur2 bernada ejekan yg melampau dan ia tidak ditujukan kpd siapa2. Jika ade yg terasa ia hanya kebetulan dan sy tidak berniat begitu. Sekali lagik. mintak maaf)

Aku terpana seketika. xtau nak ckp ape. dalam hati rasa sedey dan simpati. lalu aku memandang budak perempuan itu melalui ekor mata empati. Budak perempuan itu terus berlalu. Tidak berniat plk mahu membalas. Mungkin dalam hatinya rasa sayu benar. Tiada kekuatan untuk mebela diri. Apatah lagi mahu mempertahankan diri dengan menagkis ejekan dalam bentuk lisan. Yup. Dia tidak mampu mungkin kerana malu dan terkejut. Alahai adik. T_T

Aku bukan tidak pernah melalui saat - saat menjadi budak - budak atau kanak - kanak. Pernah. Tp seingat akulah aku tak pernah mengeluarkan kata- kata yang bernada ejekan yang boleh menjatuhkan air muka orang lain ! Tolong jgn buat org lain merasa rendah diri !

Kalau kita memandang sinis atau menghina atau mengutuk atau mengejek kekurangan orang lain..samelah kita mempersendakan kurniaan dan ketetapan Allah. Nauzubillah...Mintak mintak di jauhkan dari perbuatan sebegitu.

Sesetengah ibu bapa. Ye hanya sesetengah sahaja. mengaggap ejekan sebegini yang di lontarkan oleh anak-anak mereka sbg....

Ala....biaselah budak - budak.... 

Sebenanya...kerana mereka budak - budaklah ibu bapa mengambil peranan memberi nasihat. menerangkan mengapa perbuatan 'wek wek ejek ejek' itu di larang atau tidak baik walaupun budak itu berstatus hebat klu melontarkan ejekan. Hebat kumpul dosa. Ibu bapa perlu mensedarkan anak-anak jangan meperlekehkan kurniaan Allah.

Ibu bapa jugak perlu akur dengan perbuatan anak-anak mereka di belakang mereka. Akur disini bukan main menghukum dgn pukul jer anak tu tapi kene siasat apa yg anak mereka buat klu kat belakang mereka. Lalu...bila ibu bapa kawan-kawan anak-anak mereka mengadu itu ini...ibu bapa boleh terima dengan baik jangan sampai tidak boleh terima LANGSUNG dan sangka anak - anak mereka jer yg baik atau idak pernah buat salah langsung ! (masih adakah ibu bapa sebegini?)

Ejekan di kalangan budak budak ini boleh dibendung atau di sifarkan dengan NASIHAT. 

Sebagai guru juga ada tanggungjawab yang diamanahkan...kita boleh selitkan nasihat atau pengetahuan melalui pembacaan sprt kesan drpd ejekan atau hadis-hadis tentang larangan perbuatan ini semasa proses pengajran dan pembelajaran di dalam kelas. InsyaAllah.

Perlu di tegur dan memperbetulkan budak - budak ini jangan sampai kerana peluru lisan mereka itu membuatkan mangsa mereka menjadik rendah diri, malu dan tidak mahu bergaul. 

Jangan 'memomokkan' ejekan sbg satu benda yang normal di kalangan budak - budak !!

Jika anda ibu bapa prihatin..anak-anak adalah lambang corak didikan kita. Wassalam.



No comments:

Post a Comment